Rabu, 24 Mac 2010

Selamat malam umi, selamat malam abah...

semalam, sebelum tidur pertama kali adik fahmi mengucapkan ucapan 'selamat malam' kepada abah dan umi...emm, sejuk hati umi dan abah mendengarnya. sebelum tidur umi dan abah berbual-bual sempat pula adik fahmi beri nasihat..katanya 'awat umi tak tido lagi, esok nak keja'...alahai bijaknya anak umi dah pandai fikir tentang perancangan hari esok.

"anak merupakan permata anugerah Allah yang berupa amanah...setiap amanah yang diberikan akan diperhitungkan nanti. adakah kita menjalankan tanggung jawab terhadap amanah itu atau kita mengkhianati amanah yang diberikan"

sebenarnya menjadi ibu bapa bukanlah semudah yang dilafazkan. ia perlu diiringi dengan tanggung jawab dan penuh kasih sayang. cabaran yang menanti sebagai ibu bapa sangatlah besar di dunia globalisasi ini. oleh itu, kita sebagai ibu bapa perlu mempersiapkan diri dengan ilmu agar anak-anak tidak teraniaya dan menjadi mangsa keadaan.


Isnin, 22 Mac 2010

Qasidah Istighfar

http://www.youtube.com/watch?v=1gqyIukuwlk
" Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dalam masa yang dekat"
         An Nisa':17

Aktiviti Bulan Mac 2010

Pada 10 Mac 2010 yang lalu merupakan Ulang tahun kelahiran abah yang ke-42. Umi dan kakak telah 'berpakat' untuk mengadakan sedikit kenduri (jamuan makan) pada waktu petang selepas abah pulang dari pejabat (nak buat surprise la konon) tapi...abah selalu dapat membaca fikiran umi...(terkantoi!) Abah dah tahu tentang rancangan tersebut pada hari itu so...tak lah berapa surprise sangat...

Anyway, umi begitu berbangga kerana inilah kali pertama sepanjang usia perkahwinan umi menyambut Ulang tahun kelahiran abah secara agar besar-besaran jugalah kiranya...Abah dapat hadiah lagi...berupa..??Tahun lepas abah dapat Anugerah Suami Cemerlang, tahun ini abah baru dapat ganjarannya, lambat la sikit tapi emmm...abah tersenyum je masa dapat hadiah tu.

Umi menyajikan menu soto ayam, pulut kuning bersama kari daging, pencuci mulut dan makanan ringan untuk anak-anak kecil...Dan, abah dapat hadiah istimewa daripada Mak Ngah dan Chik Zah, sebuah kek harijadi...emm tapi sayang tak sempat nak merakam gambar pada hari bahagia itu.

Untuk abah, Selamat hari Ulang Tahun, semoga kesejahteraan mengiringi umur yang diberkati dan berbahagia di samping umi dan anak-anak tercinta.

Jumaat, 19 Mac 2010

Sekitar LIMA 2009

Luqman Hakim bergambar di hadapan Helikopter dalam Dewan Pameran LIMA
Hai...adik Fahmi...kusyuknya dengar penerangan. Nak jadi pilot suatu hari nanti? InsyaAllah abah dan umi akan doakan.








Abah, umi, kakak dan adik Fahmi bergambar di hadapan sebuah replika AirBus.






















Adik Fahmi bergambar di hadapan sebuah motor berkuasa tinggi.