Isnin, 22 Mac 2010

Aktiviti Bulan Mac 2010

Pada 10 Mac 2010 yang lalu merupakan Ulang tahun kelahiran abah yang ke-42. Umi dan kakak telah 'berpakat' untuk mengadakan sedikit kenduri (jamuan makan) pada waktu petang selepas abah pulang dari pejabat (nak buat surprise la konon) tapi...abah selalu dapat membaca fikiran umi...(terkantoi!) Abah dah tahu tentang rancangan tersebut pada hari itu so...tak lah berapa surprise sangat...

Anyway, umi begitu berbangga kerana inilah kali pertama sepanjang usia perkahwinan umi menyambut Ulang tahun kelahiran abah secara agar besar-besaran jugalah kiranya...Abah dapat hadiah lagi...berupa..??Tahun lepas abah dapat Anugerah Suami Cemerlang, tahun ini abah baru dapat ganjarannya, lambat la sikit tapi emmm...abah tersenyum je masa dapat hadiah tu.

Umi menyajikan menu soto ayam, pulut kuning bersama kari daging, pencuci mulut dan makanan ringan untuk anak-anak kecil...Dan, abah dapat hadiah istimewa daripada Mak Ngah dan Chik Zah, sebuah kek harijadi...emm tapi sayang tak sempat nak merakam gambar pada hari bahagia itu.

Untuk abah, Selamat hari Ulang Tahun, semoga kesejahteraan mengiringi umur yang diberkati dan berbahagia di samping umi dan anak-anak tercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan